Laman Utama

Wanita India Amal 3 Ajaran Islam… Paling Suka Senyum & Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa

Mya Amri
20/08/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
Wanita India Amal 3 Ajaran Islam… Paling Suka Senyum & Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa
Seorang wanita India mengakui mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan hariannya.
Menerusi video tular di TikTok, wanita bernama Pavidra Ragonathan itu sering melakukan tiga amalan iaitu:
#Berdoa waktu hujan
“Lagi lagi kalau hari itu adalah hari Jumaat. Jadi dari dulu sampai sekarang kalau hujan memang saya akan berdoa. Tak kisah, kalau hujan je saya doa,”
#Senyuman itu sedekah
“Kita tak perlu memberi beratus-ratus atau beribu-ribu kepada orang yang memerlukan. Kita bagi apa yang kita mampu sahaja. Kadang-kadang senyuman kita itu boleh membuatkan orang lain bahagia,”
#Jangan kedekut dengan ibu bapa
“Jangan kedekut dengan mereka dan adik-beradik, berkongsi rezeki dengan mereka sekali sekala belanja makan.
“Tak kisah lah, kawan pun boleh, rakan sekerja pun boleh. Sebab apa, dalam rezeki ku ada rezeki mu juga,”
@pavidraroganathan Agama itu ilmu dan ilmu itu luas. Tak salahkan kita amalkan apa yang baik. #hindu#islam#christian#budhism#love#knowledge#ai#tiktok#sailajahempire#sailajahrangers#sailajah ♬ original sound - Pavidra
Selain amalan dilakukan, rata-rata netizen tertarik dengan wajah Pavidra yang kelihatan cantik dengan senyuman manis.
“Muka awak pun manis, senyum itu sedekah,” tulis netizen.
“Patutlah muka awak pun manis, rupanya suka sedekah senyuman,” tulis seorang lagi.
“Sangat cantik bahasa awak, secantik dan semanis senyuman awak,” puji netizen.
BACA: Uncle Cina Usia 71 Tahun Hafal Surah Yassin, Amalan Untuk Kesihatan Yang Baik
Sehingga kini video dikongsi Pavidra mendapat lebih 1 juta tontonan di TikTok.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar