Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Wanita Mengaku Salah Menyundal

Gempak 11/05/2024 | 02:50 MYT
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Tertuduh, Dhiya Khairunnisa Muhamad Khalid, 20, dari Kuala Krai, Kelantan membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Cari pelanggan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mencari pelanggan bagi maksud persundalan di sebuah bilik hotel di Gemas, Tampin pada jam 2.30 petang 3 Mei lalu.

Sehubungan itu, tertuduh yang merupakan pesalah muda melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi tidak menawarkan sebarang wang jaminan berikutan bimbang remaja berkenaan pernah dilaporkan bagi kes orang hilang di Kelantan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu dalam rayuannya memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai wang untuk membayar jaminan tersebut kerana ibu dan bapanya orang susah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Sebutan semula kes bagi laporan sosial ditetapkan pada 13 Jun ini.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”

BERITA TRENDING:

Jawi Sahkan Dua Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

PILIHAN PEMBACA: “Korang Memang Kental” - Ibu Tunggal Ditangkap Khalwat Bersama Duda, Netizen Tak Sangka Musim Covid Pun…

Sumber: Sinar Harian
#Viral #wanita #Mahkamah #Kelantan #Negeri Sembilan #Menyundal
;