Viral
Wanita Selesai Jalani Pembedahan Plastik Buat Cubaan Lari Hospital
Seorang wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turkiye.
BERITA TRENDING: Park Seo Joon Disaran Pembedahan Plastik Kerana Tidak Cukup Kacak Jadi Selebriti
Wanita yang tidak dikenal pasti identiti itu didapati lari sejurus sedar daripada kesan ubat anestetik habis.
Dia didakwa telah menjalani pembedahan plastik yang agak ‘besar’ pada sebahagian wajahnya.
BERITA TRENDING: Nafi Buat Pembedahan Plastik, Charlize Theron Kata Wajah Berubah Kerana Usia
Menerusi rakaman CCTV yang terdapat di hospital tersebut, wanita itu dalam keadaan wajah bengkak yang berbalut, pakaian dan selipar pesakit sedang bergaduh dengan jururawat dan doktor yang cuba menghalangnya meninggalkan hospital.
Dan menerusi siasatan, punca wanita itu mahu melarikan diri sejurus pembedahan plastik dilakukan adalah untuk mengelak membayar keseluruhan kos rawatan!