Laman Utama
Wanna Ali Tak Jadi Nikah, Tarik Balik Niat Tinggalkan Industri Seni
Pelakon cantik Wanna Ali terpaksa membatalkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan apabila hubungannya bersama seorang usahawan putus di tengah jalan.
Jelas Wanna, 26, dia juga pada asalnya merancang untuk meninggalkan industri hiburan dan memberikan fokus pada keluarga dan bisnesnya selepas berkahwin.
"Dia pun ada cakap, lepas kahwin tak nak saya aktif dalam industri dan saya pun okey dengan perkara itu.
"Kami ada bincang mengenai perniagaan yang akan saya buat malah dia sendiri nak sediakan benda tu. Tapi, jodoh tak panjang," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Lepaskan itu lagi, punca perpisahan mereka akibat tiada persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
"Kami putus pada pertengahan tahun ini dan puncanya kerana tidak sefahaman. Mungkin kami terlalu cepat untuk berbincang mengenai fasa perkahwinan," ujarnya.
Wanna ditemui pada majlis pelancaran produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum Millefleur di Damansara baru-baru ini yang turut melantiknya sebagai duta.
Berbangga dengan perlantikan itu, jelas Wanna dia terlebih dahulu mencuba produk terbabit sehingga diyakini berkesan sebelum bersetuju menjadi duta.
"Sebelum menjadi duta, mereka memberikan saya untuk mencuba produk berkenaan. Selepas beberapa bulan barulah saya bersetuju untuk menjadi duta.
"Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, pihaknya mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara kedua-dua pihak.
Malah, pihaknya yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media.
“Kami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna," ujarnya.
Sementara itu, dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelanggan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq.
Pengguna bertuah berpeluang memenangi hadiah wang tunai bermula RM500 untuk saguhati sehingga RM2,000 sebagai hadiah pertama.