Hiburan
"Watak Paling Mencabar" - Sherry Alhadad Tawar Diri Nak Jadi GirlBoy Dalam Saka Nan Sepi
Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad mendedahkan dia pernah menawarkan diri untuk membawa watak GirlBoy dalam filem komedi seram, Saka Nan Sepi.
Menurut Sherry, 36, dia tertarik untuk menjadi GirlBoy kerana watak itu sangat mencabar.
"Masa pengarah hubungi cerita sinopsis Saka Nan Sepi dan bagitau watak- watak yang ada aku terus tanya pengarah 'wei boleh tak aku nak watak saka tu'!!
"Best siot watak saka tu!!! Watak paling mencabar, takda dialog tapi penuh emosi dan ekspresi muka," tulisnya di Instagram (IG).
Namun watak itu kemudian dimainkan oleh Han Zalini, sementara dirinya diberi peluang menghidupkan karakter Zaiton.
Dalam pada itu, Sherry yang memegang watak Zaiton akui berpuas hati dengan hasil lakonan pelakon Han Zalini yang berjaya membawa karakter GirlBoy.
"Tapi aku gembira bila dapat tahu yang @han.zalini main watak saka GirlBoy sebab dia power. Tahniah @han.zalini kakak suka," tulisnya lagi.
Selain Sherry dan Han, Saka Nan Sepi turut dibintangi barisan pelakon hebat iaitu Syafiq Kyle, Mimi Lana, Namron dan Ayie Hushairi Husa.
Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.
Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.
Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).
Jadi, jangan lupa saksikan Saka Nan Sepi di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.