Hiburan
Watie Terima RM5,000 Duit Raya Dari Shuib, Akan Bingkaikan Jadi Khazanah - "I Takkan Guna Sampai Cucu Cicit"
Isteri kepada selebriti popular Shuib, Watie Hanifah berhasrat mahu membingkaikan duit raya pertamanya bergelar isteri.
Kata Watie, dia tidak akan menggunakan wang bernilai RM5,000 itu sebaliknya mahu menjadikannya satu khazanah.
"Mari kita tengok, dalam ini ada lima sampul. Saya ingatkan duit raya sama macam orang, rupanya lain. Maknanya itulah martabat isteri tercinta.
"Pertama kali beraya bersama suami, dapat duit raya. Ini akan saya jadikan khazanah. Saya takkan guna, saya akan simpan ini sampai bila-bila.
"Sampul yang pertama RM1000, sangat excited!. Saya akan simpan sampai anak cucu cicit," kongsinya menerusi hantaran video di Instagram.
Menjengah ruang komen, ramai yang 'cemburu' dan tumpang gembira dengan rezeki yang dimiliki Watie setelah berkahwin dengan Shuib.
BERITA TRENDING: Shuib Teringin Watie Masak Menu Raya Wajib Arwah Siti Sarah - “Kalau Boleh Nak Kuah Kacang & Rendang”
Untuk info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
PILIHAN PEMBACA: Shuib Menangis Talita Datang Haid Di Usia 11 Tahun - “Anak Perempuan Daddy Dah Jadi Anak Dara”
BERITA TRENDING: Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie - “Tak Sangka Tiba-Tiba Ada Rasa Cemburu”