Laman Utama
Will Smith Jumpa Dukun, Rujuk Pakar Seks Ketika 'Berpisah Sementara' Dengan Isteri
Pelakon popular Hollywood, Will Smith mendedahkan pernah meminum teh bersifat halusinogenik sebanyak 14 kali selepas bertemu bomoh di dalam hutan di Peru.
Selain itu, Smith, 53, memberitahu turut bertemu dengan bomoh bagi memulihkan semula hubungannya yang bermasalah dengan isteri, Jada Pinkett Smith sekitar tahun 2011.
"Saya rasa terapung-apung di angkasa dan jauh dari Bumi selain dapat merasakan kehadiran seorang wanita yang saya panggil 'mak'.
"Apa yang boleh saya katakan dia tidak pernah meninggalkan saya," katanya selepas meminum air rebusan tumbuhan jenis ayahuasca ketika di dalam hutan.
Perkongsian pengalaman halusinasi itu diceritakan Smith dalam bukunya berjudul Will.
Tambah Smith, dia hanya melihat kedamaian setelah melalui perasaan tidak dihargai oleh isterinya ketika rumah tangga mereka dilanda badai.
Bagaimanapun, Smith tidak inginkan perceraian dan mereka memerlukan waktu apabila berpisah seketika untuk melalui pengembaraan berbentuk spiritual.
Selain bertemu bomoh, Smith turut mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor seks, Michaela Boehm sebelum memutuskan untuk menjalani konsep perkahwinan bukan monogami.
Smith yang berkahwin dengan Jada Pinkett pada 1997 dikurniakan dua cahaya mata, Jaden dan Willow, bagaimanapun mereka memilih hubungan 'open relationship' dan kedua-dua punyai teman lain.
Smith juga pernah mengaku punyai hubungan dengan 25 orang wanita, Jada Pinkett pula mengakui pernah bercinta dengan lelaki lain termasuk penyanyi rap August Alsina ketika masih bergelar isteri.
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran
#pelakon
#Kahwin
#Hollywood
#Will Smith
#Isteri
#Berpisah
#Bomoh
#Peru
#Jada Pinkett Smith
#Kaunseling