NUSANTARA

Wow, Beg Tangan Luna Maya Bernilai Hampir RM300,000!

Fiza Kamarudin 19/09/2019 | 14:09 MYT
Apabila bergelar selebriti, apa sahaja yang digayakan pasti menjadi perhatian ramai. Sama seperti aktres popular Indonesia, Luna Maya yang tidak lepas menjadi perhatian peminat.
Baru-baru ini, Luna Maya menarik perhatian para peminat fanatiknya apabila menggayakan sebuah beg tangan berjenama mewah.
Beg tangan berwarna hitam tersebut digayakan Luna ketika bercuti ke negara Jepun bersama beberapa orang teman.
Mungkin kerana teruja, peminat sanggup menyelidik dan menyiasat harga beg tangan milik pelakon Suzanna: Bernapas Dalam Kubur itu.
Hasil siasatan ‘warga net’, beg tangan berjenama Hermes itu dipercayai berharga 1 Billion rupiah iaitu hampir RM300,000.
Menurut laporan portal Brilio.net, video Luna membawa beg tangan tersebut terlihat di dalam video Instastory yang dirakam teman rapatnya Paula Ola.
Sumber: Suria.my
#pelakon #Luna Maya #Pelakon #Nusantara