Hiburan
“Ya Allah Kenapa La Sekejam Ini Diperlakukan…” - Fattah Amin
Video memperlihatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman pada Jumaat lalu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Tindakan kejam
Bukan sahaja netizen, malah selebriti tempatan antaranya pelakon Fattah Amin turut meluahkan rasa terkilan melihat tindakan beberapa individu yang memukul lelaki OKU tersebut.
Turut memuat naik video temu bual isteri lelaki OKU itu di radio Era, Fattah menerusi Instastory berkata dia tak sangka ada manusia sanggup bertindak ganas sesama muslim.
“Ya allah kenapa la sekejam ini diperlakukan muslim dan manusia?” tulis Fattah secara ringkas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat lalu, mangsa seorang OKU mental berusia 47 dipukul beberapa individu dipercayai selepas motosikal ditunggannya terlanggar sebuah gerai jualan menyebabkan makanan yang dijual terjatuh dan tumpah.
ARTIKEL BERKAITAN: “Yang Kenenkan Itu Peminat…” Fattah Amin Tak Kisah Tampil Sedondon Dengan Amira Othman, Anggap Sebagai Tuntutan Kerja
ARTIKEL BERKAITAN: "Ya Allah, Sakit Dada Tengok... Teringat Kat Ayah Sendiri" - Intan Najuwa
ARTIKEL BERKAITAN: "Sedih, Marah, Kecewa Semua Ada" - Isteri Lelaki OKU Dibelasah Tampil Bersuara, Sifatkan Perbuatan Itu Kejam
Sehingga kini, lelaki tersebut masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Menerusi laporan AWANI, isteri kepada lelaki OKU mental itu iaitu Faridah Abdul Karim memberitahu suaminya dipukul tanpa perikemanusiaan.
Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata, ketika kejadian dia sedang berniaga sebelum dikejutkan dengan panggilan yang memaklumkan insiden itu.
Faridah berkata, perbuatan dan kelakuan melampau itu sukar untuk dimaafkan.