Laman Utama

Yakinkah Korang Dah Cuci Mekap Bersih-Bersih? Rohto Cool Eye Wash Boleh Hilangkan Sisa Solekan & Segarkan Mata!

Amri Hassan
12/09/2023
16:23 MYT
Sponsor Banner
Yakinkah Korang Dah Cuci Mekap Bersih-Bersih? Rohto Cool Eye Wash Boleh Hilangkan Sisa Solekan & Segarkan Mata!
Mekap dan wanita tidak dapat dipisahkan, biarpun hanya secalit pada wajah, ia pasti akan menaikkan seri muka untuk kelihatan lebih anggun dan mempesonakan.
Namun, tahukah korang bahawa mekap pada wajah perlu dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan iritasi ataupun masalah pori tersumbat yang akan menyebabkan pelbagai masalah kulit muka.
Pada bahagian mata pun perlu dititikberakan daripada aspek kebersihan. Maskara, pembayang mata, bedak dan kanta lekap perlu diberi perhatian dan dibersihkan bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan kuman pada bahagian mata.
Oleh itu, jenama penjagaan mata nombor satu dunia, Rohto, menyediakan solusi untuk membersihkan bahagian mata dengan produk terbaharu Rohto Cool Eye Wash!
Produk ini boleh membersihkan saki baki mekap selepas ditanggalkan dalam masa sama menyegarkan mata korang. Ibaratnya korang manjakan mata korang dengan spa ringkas Rohto Eye Wash ni.
Rohto Cool Eye Wash diformulasi dengan formula penyejukan unik yang memberi rasa sensasi sejuk yang menyegarkan.
Selain wanita yang selalu bersolek, Rohto Cool Eye Wash juga sesuai digunakan oleh atlet atau individu yang kerap terlibat dengan sukan air seperti berenang atau scuba diving.
Malah, pengguna kanta lekap juga digalakkan membersihkan mata selepas menggunakan kanta lekap yang mana berisiko untuk menyebabkan iritasi pada mata kerana kanta lekap selalunya mudah melekat habuk.
Korang yang kerap menggunakan mata ketika bekerja juga perlu mencuba Rohto Cool Eye Wash untuk melegakan dan mengembalikan kesegaran mata yang terlalu penat itu.
Pendek kata, semua golongan sesuai menggunakan Rohto Cool Eye Wash ini!
Menariknya tentang Rohto Cool Eye Wash ini, ia ditampilkan dalam corong picit yang berbentuk unik. Korang tak perlu mendongakkan kepala sebaliknya gunakan corong inovatif yang direka khas dalam posisi kepala yang normal.
Selain itu, Rohto Cool Eye Wash didatangkan dengan sensasi sejuk yang menyamankan. Sudah menjadi signatur jenama ini yang ternyata akan memberikan kesegaran kepada mata korang yang letih tu.
Malah, bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini akan meredakan ketidakselesaan mata korang sekali gus membersihkan sisa mekap serta kotoran pada bahagian mata.
Kerana itulah, Rohto menjadi jenama penjagaan mata nombor satu di dunia!
Dapatkan Rohto Cool Eye Wash di mana-mana farmasi atau kedai ubat yang berdekatan korang. Korang juga boleh dapatkan produk ini di Watsons, Guardian, Shopee dan Lazada!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024