Hiburan
Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Tak Pentingkan Bayaran
Menurut aktor berusia 56 tahun itu, walaupun dia telah membina nama sendiri pada peringkat Hollywood, Yayan mengakui persahabatannya bersama Beto merupakan faktor utama mengapa dirinya selesa bekerja di negara ini,"Semua orang kalau kerja sememangnya untuk mencari pendapatan, tapi tidak semua boleh kita dapatkan dengan wang.
"Mungkin kita boleh dapatkan bayaran tinggi, kalau saya mengejar bayaran, saya tak perlu kerja di sini (Malaysia), saya boleh ambil kerja di luar
"Tapi itulah saya selesa dengan Beto, ada perkara yang lebih besar daripada wang, iaitu persahabatan dan persaudaraan.
"Sahabat dan saudara itu saya rasa sesuatu nilai yang lebih tinggi daripada wang," katanya ketika ditemui Gempak.
BERITA TRENDING: Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita
BERITA TRENDING: Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”
BERITA TRENDING: Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”
BERITA TRENDING: Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama
Yayan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui semasa majlis pelancaran dan sidang media filem Gayong yang berlangsung di Astana Putra, Serdang, pada Isnin.
Dalam perkembangan terkini, Yayan bakal membintangi filem Gayong yang dijangka bakal ditayangkan pada Mei 2025.
Selain Yayan, filem Gayong menampilkan barisan pelakon terkenal lain seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan Chevanon Phukaokaew.