Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Yonny Janji Nak Dodoikan Setiap Malam Sampai Akhir Hayat" - Tunang

Amri Hassan 14/10/2021 | 06:50 MYT
Tunang kepada penyanyi rap Yonnyboii, Nik Nazira punyai sebab sendiri untuk memilihnya sebagai bakal suami.
BACA: Yonnyboii Tiba-Tiba Bertunang, Coret Ayat Jiwang - "Tak Pernah Sayang Orang Lain Sehebat Ini"
Kongsi Nik Nazira atau lebih dikenali sebagai Nina, Yonny merupakan lelaki yang tepat dan sentiasa menjaga perasaannya.
"Penting untuk kita bersama dengan seseorang yang memilih kita, paling penting tahu menjaga perasaan kita.
"Dia tidak pernah membuatkan saya rasa ragu tentang keputusannya untuk memlih saya menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
"Selain itu, dia membuatkan ramai wanita di luar sana patah hati kerana telah saya mendapat lelaki pujaan ramai," katanya menerusi sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram.
Nina diajukan soalan apa kriteria Yonny yang berjaya menambat hatinya dan yakin bahawa dialah lelaki yang dicari selama ini.
Dalam pada itu, tambah Nina, Yonny juga berjanji untuk sentiasa menjadi penghiburnya hingga akhir hayat.
"Juga, dia selalu menyanyi apabila bersama dengan saya. Dialah 'Spotify' saya.
"Yonny pernah berjanji untuk menyanyi saat waktu tidur (dodoi) hingga akhir hayat kami tak kira betapa sibuknya dia.
"Jika saya hampir tertidur, dia akan berhenti daripada melakukan apa sahaja dengan datang kepada saya atau menelefon saya untuk memastikan saya tidur dengan tenang mendengarkan nyanyian penenangnya," tambah Nina.
Nina juga memberitahu dia memanggil Yonny dengan nama Qeemio dan Yonny memanggilnya dengan nama Nino, sepertimana nama samaran mereka ketika bermain permainan video online.
"Itu nickname kami ketika kami berkawan rapatlah. Sebab dia cakap dia nak lain daripada lain," kata Nina lagi.
Pasangan itu telah selamat bertunang pada 10 Oktober lalu dalam majlis ringkas yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat mereka.
Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada Januari 2022.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#Penyanyi #Viral #Tunang #Yonnyboii #Nik Nazira #Lullaby
;