Laman Utama

Yonnyboii Tiba-Tiba Bertunang, Coret Ayat Jiwang - "Tak Pernah Sayang Orang Lain Sehebat Ini"

gempak
Amri Hassan
09/10/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
Yonnyboii Tiba-Tiba Bertunang, Coret Ayat Jiwang - "Tak Pernah Sayang Orang Lain Sehebat Ini"
Penyanyi rap Yonnyboii mengumumkan telah selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis bernama Nik Nazira.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, berkongsi kegembiraannya menerusi ikatan tersebut.
"Saya tak pernah percayakan cinta, saya tak pernah percaya pada peluang, tak pernah seyakin ini, tak pernah segembira ini, tak pernah tersenyum sebegini lama.
"Saya tak pernah merasai perasaan ini sehingga saya bertemu dengan kamu. Bersama denganmu, hati berdegup kencang," tulis Yonnyboii.
Tambahnya, dia tidak pernah menyayangi individu lain lebih daripada dirinya sehingga bertemu dengan Nik Nazira.
"Saya pernah merasa janggal atau gementar sehinggalah bertemu kamu. Selama ini tiada alasan untuk menyayangi orang lain lebih daripada diri sendiri sehinggalah saya bertemu kamu.
"Saya yakin kamulah orangnya sahabatku, untuk dihabiskan sisa hidup bersama. Sayang awak selama-lamanya," tulisnya lagi.
Sementara itu, Nik Nazira punyai sebab sendiri untuk menerima Yonnyboii hadir dalam hidupnya.
"Pilih seseorang yang memilih kamu tanpa membuatkan kamu bertanya akan nilai kamu dalam hidup mereka," coretnya yang berpakaian sedondon berwarna kelabu bersama tunangnya.
Pada majlis ringkas itu, Yonnyboii sempat mendendangkan lagu Salahku di atas pelamin sambil memetik gitar.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024