Berita
YouTuber Ditanam Di Belakang Rumah Kekasih, Maut Lepas Lakukan Hubungan Badan
Seorang YouTuber terkenal dari Brazil ditemukan tertanam di belakang rumah kekasihnya selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Mayat Carlos Henrique Medeiros ditemui keluarga yang mencarinya sejak dia keluar meraikan sambutan Tahun Baharu 2024 telah ditanam selepas melihat timbunan tanah yang mencurigakan di belakang rumah kekasihnya.
BERITA TRENDING: Pelawak Mati Dibunuh Selepas Bertemu Teman Wanita Atas Talian
Medeiros didakwa meninggal dunia selepas melakukan hubungan seks kerana mengambil dadah secara berlebihan, lapor New York Post.
Menurut pihak berkuasa, Medeiros didakwa meninggal dunia semasa melakukan seks dengan adik kekasihnya di dalam bilik mandi sebelum terjatuh sewaktu mencapai klimaks.
Mayat YouTuber yang memiliki lebih 1.77 juta pengikut dengan konten komedinya kemudian ditanam di belakang rumah kerana mereka panik.