Hiburan

YouTuber No 8 Dunia, Atta Halilintar Kenang Selalu Makan Free Di Kenduri Kahwin Sebab Susah

Maliah Surip
10/12/2020
10:34 MYT
Sponsor Banner
YouTuber No 8 Dunia, Atta Halilintar Kenang Selalu Makan Free Di Kenduri Kahwin Sebab Susah
YouTuber terkaya nombor lapan di dunia, Atta Halilintar baru baru ini memuat naik video pendek mengenai transisi dirinya sekeluarga pada tahun 2013 dan 2020.
Pada foto dalam video tersebut, nampak dengan jelas bagaimana penampilannya sewaktu kecil berbanding kini yang kelihatan lebih baik.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah mengenai pengakuan yang ditulis Atta yang juga merupakan YouTuber dengan jumlah pengikut (subscriber) paling banyak di Asia Tenggara pada bahagian kapsyennya.
Pemuda berusia 26 tahun ini mengaku sewaktu kecil dia bersama adik beradiknya sering mencuri peluang untuk makan di majlis kenduri kahwin kerana mahu mendapatkan sumber makanan yang lebih baik.
"Dulu VS Now damagenya. Mana satu kesukaan kamu?" tulis Atta atau nama sebenarnya, Muhammad Attamimi Halilintar.
Anak sulung dari sebelas adik beradik ini kemudian mengakui banyak menerima penghinaan daripada netizen kerana penampilan mereka dahulu.
"Selepas foto ini tersebar di akaun media sosial gosip, banyak yang memaki tentang penampilan kami dahulu.
"Tahukah kamu dulu, ini adalah foto yang dirakamkan di sebuah majlis kenduri kahwin.
"Dulu hampir setiap hari kami akan mencari peluang untuk menumpang makan di majlis kenduri kahwin. Jadi siapa yang akan menikah, kami pergi untuk makan dan mendapatkan gizi makanan yang lebih baik," dedah Atta.
Tambah tunang Aurel Hermansyah ini lagi, biarpun kehidupan lamanya dulu susah, dia tidak pernah menyesal. Dirinya malah berbangga dengan kehidupan zaman kanak kanaknya.
"I love my old me kerana kalau tidak ada yang dulu, tak adalah sekarang," tulis Atta lagi.
Portal Viva.com melaporkan, sebelumnya pada tahun 2019, Atta yang diwawancara Raffi Ahmad di YouTube Rans mengaku hidup susah sewaktu kecil sebelum keluarganya membina empayar perniagaan yang ditekuni sejak bertahun lamanya.
Selain membesar di pasar, dirinya kurang mendapat makanan berkhasiat termasuk susu kerana ibu dan bapanya tidak mempunyai cukup duit untuk membeli susu.
"Dulu, jiran mungkin sangat kenal dengan suara saya yang sering menangis. Sebenarnya saya kelaparan dan kedua orang tua tidak ada duit untuk beli susu," akui Atta.
Atta yang mempunyai 26 juta subscriber di YouTubenya tidak hanya memperoleh kekayaan daripada menjadi selebriti media sosial yang menyajikan pelbagai konten, tetapi sumber kekayaannya juga datang daripada beberapa bisnes yang dimiliki termasuk jenama AHHA dan restoran.
Instagram: @attahalilintar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar