Hiburan

Yuna Ambil Tempoh Berehat, Nak Luang Masa Bersama Keluarga - “Saya Mahu Duduk Di Malaysia Dan Sarapan Nasi Lemak”

Mya Amri
11/07/2024
10:55 MYT
Sponsor Banner
Yuna Ambil Tempoh Berehat, Nak Luang Masa Bersama Keluarga - “Saya Mahu Duduk Di Malaysia Dan Sarapan Nasi Lemak”
Penyanyi, Yuna yang menetap di Amerika Syarikat (AS), mengambil tempoh untuk berehat di Kuala Lumpur dengan lebih lama kali ini.

Mahu habiskan masa dengan keluarga

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara'ai, 38, berkata kali ini dia akan berada di sini sehingga Oktober untuk meluangkan lebih masa dengan keluarganya dan juga komuniti seni di sini.

“Memang saya membuat keputusan bersama suami saya nak balik Malaysia untuk masa yang lama, dan alhamdulillah keputusan itu diterima dengan baik.

“Jadi saya ambil langkah perlahan untuk buat ‘base’ saya di Kuala Lumpur sebab saya rasa kualiti kehidupan di Kuala Lumpur jauh lebih baik dan saya pun mahu pulang dan memberi sumbangan kepada komuniti seni di Malaysia, arena muzik di Malaysia.
“Saya pun sudah tua, saya sudah penat nak jalan-jalan, saya mahu duduk Malaysia dan sarapan nasi lemak di sini setiap hari.
“Memandangkan saya juga ada komitmen di sini, jadi saya ada di sini sampai Oktober,” katanya. 
Yuna ditemui di sidang media program realiti Gimme The Mic di The Bee, Publika, pada Khamis.

Juri program Gimme The Mic

Sementara itu, Yuna juga mengulas mengenai pembabitannya sebagai salah satu juri program Gimme The Mic bersama Ajai, Hael Husaini dan Bunga Citra Lestari.
Bercakap mengenai tanggungjawabnya sebagai juri, Yuna berkata dia teruja untuk berada dalam program mengetengahkan ramai bakat seperti dirinya yang berusaha mencari ruang di platform media sosial.
“Sebenarnya keputusan saya untuk sertai program ini saya tidak fikir panjang, mungkin sebab saya tahu saya nak balik Kuala Lumpur dan sebelum ini saya memang terima banyak tawaran menjadi juri, tapi tidak berkesempatan untuk buat perkara menyeronokkan ini di sini sebab saya di Los Angeles.
“Untuk saya buat program sebegini saya kena duduk di sini lebih kurang dua bulan, sebab sudah tentu saya nak bagi komitmen terbaik.

“Jadi ini adalah masa yang tepat sebab saya memang balik lama untuk bekerja dan bersama dengan keluarga saya.

“Saya sukakan idea yang mana kita mencari ‘raw talent’, bukannya untuk artis yang sudah ‘established’, kita boleh tengok bakat yang menarik. Itu yang buat saya mahu jadi sebahagian dari program ini sebab saya nampak diri saya sebagai peserta, itu yang saya cakap mereka, jom buat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yuna berkata dia juga akan tampil dengan beberapa lagu baharu selain berharap untuk menjayakan lebih banyak program amal.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar