Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

Mya Amri
26/07/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.

Pelik ramai suka suami orang

Zamarul atau Zamarul Hisham Mohamed menyifatkan perkara itu sebagai pelik memandangkan umum mengetahui dia sudah beristeri.
“Masa mula berlakon dulu, memang betul ada kena mengurat malah pada usia sekarang ini pun godaan tu masih wujud. Tak boleh nak lari tapi semuanya berbalik kepada niat sendiri.

“Sekarang dah kahwin ke belum godaan itu tetap ada. Pelik juga, sekarang lebih ramai minat suami atau isteri orang berbanding mereka yang belum berkahwin.

“Sampai sekarang pun saya masih terima DM (direct message) di media sosial tapi mujur saya jenis tak suka balas DM,” katanya.
Zamarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis ke Poket Artis di Shah Alam pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN:Zamarul Hisham Tak Halang Minat Anak Untuk Berlakon

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Zamarul Hisham Meninggal Dunia, Sempat Tunai Hasrat Terakhir Mahu Cetak Foto Keluarga - “Ya Allah Rupanya Dia Nak Hias Dekat Sini…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Basuh Bersih-Bersih Ok, Tak Basuh Pun Tak Apa I Suka” - Dialog ‘Panas’ Zamarul Untuk Zahirah Jadi Bualan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:“Rasa Macam Isteri Tak Sempurna”- Diana Rafar Dedah Pernah ‘Down’ Dengan Sikap OCD Zamarul Hisham

ARTIKEL BERKAITAN:“Gurau Dengan Siapa Lagi? Ini Saja Intan Payung Yang Ada” – Zamarul Hisham Sakat Isteri

Dulu sedikit nakal

Berkongsi lanjut mengenai kisah kehidupannya, Zamarul Zamarul mengakui, sebelum bergelar pelakon dia merupakan seorang lelaki yang ‘playboy’ selain bersikap nakal.
Bagaimanapun sejak bergelar pelakon dia tidak pernah menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk melakukan perkara tidak baik termasuk menjadi ‘buaya darat’.
“Saya bersyukur bila dah jadi pelakon ni saya tak buat jahat, maksud saya sebelum jadi pelakon saya memang nakal dan seorang ‘playboy’.
“Sebab orang tak kenal waktu tu. Tapi masa itu saya pakai motor RXZ, ramai wanita cuba pikat saya.

“Lepas jadi pelakon ramai kenal saya jadi saya perlu menjaga sikap, itu pemikiran yang selamatkan saya daripada melakukan perkara bukan-bukan,” jelasnya.

Untuk rekod, Zamarul mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Diana Rafar pada tahun 2009.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal, 14, Kayla Reysha, 7, dan Kaydeen Haiqal, 4 tahun.
Dalam perkembangan lain, Zamarul dan isterinya iaitu Diana Rafar gembira dapat menganjurkan siri kedua program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 dengan kerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd bagi menyantuni 20 artis veteran.
Artis yang hadir bukan sahaja menerima tajaan makanan tambahan kesihatan selama tiga hingga enam bulan tetapi juga wang tunai sebanyak RM5,000.
Artis yang dipilih juga mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.
Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia dan Mak Wan Latah.
Tidak ketinggalan Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar