Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Zara Zya Ikut Nasihat Peguam, Terima Permohonan Maaf Blogger

Badrul Hashim 21/02/2019 | 02:32 MYT
Beberapa hari lalu Zara Zya memuat naik satu entri di Instagramnya meminta satu blogger membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ini kerana tajuk sebuah artikel di blog tersebut didakwa Zara berbaur fitnah.
(Baca: "Padamkan Posting Dan Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka Dalam Masa 3 Hari Atau...")
Pada posting terbarunya, Zara menyatakan dia menerima permohonan maaf blogger tersebut atas nasihat peguamnya.
"Saya dinasihatkan peguam saya, Dato Hifdzi Hamzah supaya menerima permohonan maaf terbuka dari pihak blogger tersebut.
"Saya anggap kes ini selesai dan tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang," tulis Zara.

Saya di nasihatkan peguam saya, Dato Hifdzi Hamzah @hifdzi_hamzah supaya menerima permohonan maaf terbuka dari pihak blogger tersebut. Zara berharap agar semua blogger2 mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan tidak mengambil kesempatan dengan menyebarkan fitnah pada orang lain. Saya anggap kes ini selesai dan tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Zara juga berharap agar semua blogger mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan tidak mengambil kesempatan dengan menyebarkan fitnah pada orang lain.
#pelakon #Zara Zya #Pelakon
;