Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Zarina Anjoulie, Khazrul Kembali Berhubungan, Netizen Pesan Hati-Hati - "Kahwinlah Cepat-Cepat!"

Syafiqah Jalal 06/09/2023 | 02:11 MYT
Selepas pelbagai kontroversi, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie kembali menjalinkan hubungan baik bersama bekas tunangnya, Datuk Khazrul Ezley.
BACA: "Aku Tak Nak Keluar Dengan Lelaki Miskin" - Zarina Anjoulie
Umpama tidak serik, Zarina atau lebih popular dengan sapaan Anju ternyata dilihat keluar bersama lelaki terbabit bersama anak lelakinya, Martin Ezra Mikael.
Bersama kapsyen "biarkan drama ini bermula", warganet rata-ratanya tampil menasihati pasangan terbabit agar tidak mengulangi kesilapan lalu dan menjaga hubungan itu sebaik-baiknya.

“Ini drama telenovela ke? Semoga dipermudahkan dan dapat kebahagian dunia dan akhirat,” komen seorang netizen

“Kahwinlah cepat-cepat Anju, jangan bercinta tetapi halalkan status supaya tiada lagi isu selepas ini," nasihat seorang warga maya

“Hati-hati ya Anju, jangan pisang berbuah dua kali," kata seorang pengikut media sosial itu.

Dalam pada itu, nerizen juga sempat memberi pesanan kepada Khazrul agar berhati-hati dengan Anju iaitu wanita yang dia pernah benci dan mengeluarkan kata kesat dahulu.

“Datuk, ketahuilah setelah kau bermaki-makian perempuan itu tetapi dia tetap menerima kau dalam hidup dia, pasti dia bukan perempuan yg sama lagi. Itu bukan Anju yang Datuk kenal dah. Itu Anju yg penuh strategi sebelum sampan tenggelam lagi,” tulis seorang warganet.

Sebelum ini, pada 26 Januari lalu Anju mengumumkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh penyatuan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin perkahwinan.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

#Tunang #Zarina Anjoulie
;