Pelakon Zarina Anjoulie mengakui dia tidak menolak sekiranya jodohnya kembali bersama dengan bekas tunang iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Menghargai kebimbangan netizen, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju bagaimanapun berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Sudah tentu la Anju balik dengan Datuk sebab poket tebal… pertama sekali, kalau ada jodoh, ada. Kalau tak ada, tak ada. Kalau dia Mr. Right, he is the one, saya tak tahu… jodoh di tangan Allah.

“Mungkin kali ini juga akan mess up lagi, saya tak tahu. Mungkin kali ini juga akan okay. Tapi saya menghargai kerisauan anda,” katanya menerusi video yang dikongsikan di laman sosial.

Pada perkongsian yang sama, Zarina turut menegaskan dia sememangnya memilih untuk bersama lelaki yang mempunyai kehidupan stabil dari segi kewangan.

“Kalau nak cakap fasal poket tebal, ya… memang aku nak keluar dengan lelaki poket tebal. Aku tak nak keluar dengan lelaki miskin, saya pernah ada pengalaman keluar lelaki biawak hidup, kena tanggung dan habis duit dengan jantan.

“Saya tak nak kembali seperti itu. Kalau anda nak buat macam itu, terpulang kepada anda. Kalau kau nak keluar dengan lelaki tak berduit, itu masalah kau. Saya hormat keputusan anda.

“Kau nak susah senang dengan jantan yang akhirnya tak akan hargai pun, kau nak tanggung laki tak ada duit, saya tetap hormat. Tapi tolong hormat keputusan saya nak keluar dengan lelaki berduit,” katanya.

Mahu kehidupan yang senang, Zarina turut mengakui dia sangat menyukai apabila menerima hadiah atau pemberian daripada seorang lelaki.

BACA SINI: Dikatakan Sudah Kembali Bersama Bekas Tunang, Ini Jawapan Zarina Anjoulie - “Gambar Cincin & Bunga Itu Sebenarnya…”

BACA SINI: "Bila Masa Pula Saya Kasi Awak Gambar B*gel Saya?" - Anju Tuntut Permohonan Maaf Dari ...

“Saya suka dapat hadiah daripada lelaki, saya sangat suka bila lelaki belikan barang untuk saya. Awak beritahu yang awak tak suka? Tolong la wanita di luar sana, tolong jangan jadi hipokrik.

“Siapa saja tak suka dapat lelaki kaya? Saya tak hipokrik. Saya tak kisah nak mengaku, aku tak nak hidup susah macam dulu, kahwin dengan lelaki biawak hidup,” tegasnya.

Terdahulu Zarina pernah bertunang dengan Khazrul Elzey dan berkongsi perkara itu di media sosial pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan.