Laman Utama

Zee Avi Jawab Dakwaan Sorok Majlis Kahwin - "Ketika Masih Berbaju Nikah, Saya Perasan Notifikasi ..."

Amri Hassan
28/11/2021
02:55 MYT
Sponsor Banner
Zee Avi Jawab Dakwaan Sorok Majlis Kahwin - "Ketika Masih Berbaju Nikah, Saya Perasan Notifikasi ..."
Penyanyi kelahiran Sarawak, Zee Avi tampil menjawab tindakan merahsiakan pernikahannya dengan jejaka dari Jepun, Kenji Matano pada minggu lalu.
BACA: Zee Avi Kahwini Jejaka Jepun
Jelas Zee atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, dia memang merancang untuk berkongsi berita baik itu selepas sesi fotografi perkahwinannya namun gambarnya terlebih dahulu tular di media sosial di luar kawalannya.
"Kami ada jurugambar dan juruvideo. Jadi, kami mahu tunggu kami bergambar cantik-cantik dan edarkan kepada media. Itulah sebab kami panggil jurugambar.
"Tapi ketika saya masih lagi menyarung baju pernikahan, saya perasan notifikasi berkenaan pernikahan saya. Mujur maklum balas yang diterima, positif.
"Disebabkan itu, saya memutuskan untuk berkongsi dengan media, hari ini. Bagi saya, apabila sudah sah, barulah saya mahu bercerita kerana keseluruhan proses agak mencabar," katanya.
Cerita Zee, majlis perkahwinan mereka hanya dianjurkan secara sederhana dengan kehadiran cuma 15 orang tetamu.
"Alhamdulillah, majlis lancar. Suami saya juga melafazkan akad dalam Bahasa Inggeris dengan tenang," katanya yang mula menguruskan pernikahan sejak Februari lalu.
Zee dan Kenji mula berkenalan sekitar empat tahun lalu ketika bertemu di sebuah majlis anjuran temannya di Kampung Attap, Kuala Lumpur.
"Ketika itu, saya baru pulang ke Malaysia selepas menjayakan siri jelajah mini di Eropah, persembahan di Bali, Indonesia dan Shanghai, China.
"Pada perjumpaan itu, kawan-kawan menyuruh saya menyanyi lagu Kantoi. Ketika itu, dia sedar semua orang tahu lirik lagu berkenaan, kecuali dirinya.
"Bagaimanapun, saya gembira dia tidak tahu siapa saya sebelum ini. Jadi, dia dapat kenal Zee Avi sebagai diri saya sendiri.
Dalam pada itu, kongsi Zee lagi, Kenji yang bertugas sebagai penganalisis kandungan di sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan telah melengkapi hidupnya.
"Dia baik hati, memahami, tenang dan penyabar. Sifat ini bagus untuk seseorang seperti saya kerana personaliti kami agak berbeza.
"Kesimpulannya, dia faham gaya hidup saya dan sentiasa menyokong dalam apa juga keadaan. Dia adalah kawan saya yang sentiasa di sisi.
"Dia membuatkan saya memberi yang terbaik. Disebabkan itu, saya fikir dia adalah lelaki terbaik bagi saya," katanya yang dilamar Kenji pada hari jadinya pada 15 Disember lalu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar