Viral
Ziarah Kubur Ex Dengan Tunang, Tindakan Wanita Ini Diselar Warganet - "Memanglah Arwah Dah Tiada, Tapi..."
Amalan menziarahi kubur sememangnya digalakkan dalam agama Islam.
Ziarah Kubur 'Ex' Dengan Tunang
Bagaimanapun, tindakan seorang wanita ini menziarahi kubur bekas teman lelaki bersama tunangnya dikritik warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh wanita itu sendiri di TikTok, dirinya memanjatkan doa terhadap bekas kekasihnya serta meluahkan perasaan cintanya terhadap arwah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Selepas majlis tunang, datang kubur arwah teman lelaki dengan tunang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
"Meski saya dengan orang lain sekarang ni, tetapi cinta kita selalu abadi buat selamanya," tulis wanita itu.
Netizen Luah Perasaan Kurang Senang
Entri tersebut dimuat naik semula ke Platform X di mana rata-rata warganet menyelar tindakan wanita itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati tunangnya.
"Memanglah arwah dah tiada, tapi lelaki tu lama-lama akan ada perasaan cemburu juga nanti bila dah jadi suami. Senang dapat dosa sebab fikir lelaki lain,"
:"Lelaki kan tiada perasaan, yang ada perasaan ni hanya 'perempuan',"
"Kalau cinta abadi selamanya kenapa tak jadi anak dara untuk selamanya? Kenapa perlu menduakan cinta kekasih yang dah meninggal?"
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih satu juta tontonan dab lebih 6,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
BERITA TRENDING: “Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM
BERITA TRENDING: Prince Syed, Isteri Gayakan Busana Raya Bertemakan Barbie, Sempat Ziarah Kubur - "Simple Jer Baju Kami Anak-Beranak"