Terkini

“Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM

gempak
Gempak
15/04/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
“Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM
Seperti kebiasaan, setiap kali tibanya bulan Syawal, pasti ramai dalam kalangan umat Islam di negara ini mengambil kesempatan untuk menziarahi keluarga, sanak saudara dan juga sahabat.
Namun, tidak kurang juga rutin menziarahi kubur individu yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.
Rutin ini turut dilakukan oleh usahawan selebriti, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM.

Ziarah pusara

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Kak KM berkongsi momen-momen sayu ketika menziarahi pusara ayahnya.
Pada ruangan kapsyen, Kak KM berkongsi mengenai sikap baik hati bapanya yang dikatakan tidak pernah mempunyai perasaan dengki sesama sendiri.
“Arwah papa Rosli orang baik yang tiada dosa sesama manusia. Tak tahu nak busuk hati, iri hati apatah lagi dengki. Dia orang baik ya Allah semoga Kau tempatkan papa Rosli dalam kalangan orang beriman dan tempatkan papa di syurga Mu ya Allah,” tulisnya.
Dalam masa sama, Kak KM sempat memberi ‘amaran’ mengenai keadaan kubur arwah ayahnya yang hanya bertanda batu nisan sahaja.

Bidas

Selain itu, Kak KM sempat membidas komen-komen netizen yang mempersoalkan tindakannya mencium batu nisan bapanya ketika sesi ziarah berkenaan.
“Dekat sini memang tiada siapa boleh buat tanda naik batu bagai. Nanti ingat aku tak mampu pula. Korang yang kubur elok-elok macam rumh banglo melawat tak.
“Aku pesan siap dah kat anak-anak, esok aku mati pun tak mahu naik batu bagai… suka aku lah nak cium kubur bapak aku bukan bapak kau,” tulisnya.
Sumber: Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM Bersyukur Barang Kemas RM2.1 Juta Yang Hilang Ditemui, Akui Mahu Pindah Rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Sebab Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Kak KM: “Jangan Nak Ajar Orang… Macam Bagus Je Kau”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024