Hiburan

Zila Bakarin Imbau Detik Nekad Bertudung Selepas Alami Kejadian Misteri - “Saya Terbayang Diri Seperti Sedang Berb*gel”

Asyikin Mayudin
01/01/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Zila Bakarin Imbau Detik Nekad Bertudung Selepas Alami Kejadian Misteri - “Saya Terbayang Diri Seperti Sedang Berb*gel”
Pelakon Zila Bakarin mengimbau kembali perjalanan penghijrahan yang dilakukan selepas nekad untuk bertudung sejak Februari 2020.

Kejadian pelik

Berkongsi mengenai perjalanan itu, Zila atau Rosmawati Bakarin berkata keputusan itu dibuat selepas mengalami kejadian pelik ketika mahu menjemput anaknya pulang dari sekolah.
"Pagi saya hantar anak pergi sekolah, saya pakai baju tidur dengan berseluar pendek seperti biasa. Tengah hari saya nak ambil mereka, saya buka almari selalunya akan capai seluar pendek.

“Tapi hari itu saya capai seluar jeans panjang dan sweater tebal. Walaupun panas tetapi saya rasa sejuk semacam dan saya terbayangkan diri seperti sedang berbogel. Muka saya terasa kembang.

"Ia buatkan saya jadi sangat takut sampai terfikir mungkin saya nak mati," katanya ketika menjadi tetamu di siaran podcast, Borak Selebiriti yang dikenali penyampai radio Sinar, Dina Nadzir dan Falyq Hikyle.

Bisikan suara misteri

Pelakon berusia 49 tahun ini memberitahu bisikan suara misteri memintanya untuk menyarung sehelai selendang telah menginsafkan dirinya.
"Saya pergi bilik dan saya nampak ada sehelai selendang. Terasa ada bisikan suruh saya ambil dan pakai selendang itu. Bila saya pakai saja rasa seperti kepala saya disiram air sejuk.

“Kemudian saya rasal normal balik. Saya tertanya apa yang Allah cuba tunjukkan dekat saya sebenarnya. Mungkin petanda saya nak bogel sangatkan? Allah bagi saya rasa bogel itu," kongsinya.

Mengambil keputusan drastik untuk terus berhijab, Zila meluahkan rasa syukur apabila dia mendapat sokongan penuh suami dan anak-anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin Mati Rasa Nak Berhias - "Lantaklah Orang Nak Kata Pucat-Lesi, Saya Tak Peduli"

ARTIKEL BERKAITAN: Zila Bakarin Tak Pernah Menyesal Jadi Seksi - "Kalau Tahu Dari Dulu Saya Dah..."

"Saya terus pakai selendang itu, dan anak saya puji cakap saya cantik kalau saya tutup aurat dengan sempurna.
"Suami saya tertanya-tanya pada awalnya, dan saya beritahu yang saya tak nak dia disoal oleh Allah mengenai aurat saya nanti," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024