Hiburan
Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."
Pelakon, Zoey Rahman mengakui dirinya menjadi mangsa sihir atau buatan orang.
Jelas Zoey, walau zahirnya dia kelihatan sihat seperti biasa, hanya orang terdekat dan dirinya sahaja mengetahui perubahan itu.
BERITA BERKAITAN : “Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom
BERITA BERKAITAN :Akui Hero Lama Sukar Dapat Watak Utama, Ruzaidi Abdul Rahman Anggap Tahap Kesihatan Jadi Faktor - “Kalau Nak Tahu, Saya Seorang Yang Protes…”
BERITA BERKAITAN : "Badan Cantik, Muka Handsome Tapi Tak Boleh Berlawan" - Ruzaidi Masih Belum Nampak Pelapis Filem Aksi
BERITA BERKAITAN :Akui Hero Lama Sukar Dapat Watak Utama, Ruzaidi Abdul Rahman Anggap Tahap Kesihatan Jadi Faktor - “Kalau Nak Tahu, Saya Seorang Yang Protes…”
Disebabkan itu, dia sendiri merasai perubahan drastik yang berlaku pada dirinya seperti menjadi cepat marah dan mengalami kemurungan.
“Saya sebenarnya malas nak fikir, tapi saya percaya dengan benda ini. Macam inilah, saya serahkan kepada Allah selain berusaha mengubat diri saya supaya kembali pulih.
“Saya bukan seorang pemarah tapi pekerja saya mula tegur yang saya seolah-olah jadi pemarah. Padahal saya rasa tindakan saya itu biasa saja.
“Saya juga mengalami kemurungan yang teruk. Sebab itulah saya pergi ke gim. Saya pergi gim bukanlah nak tayang badan atau buat badan sangat.
"Tetapi lebih kepada nak sihatkan mental saya. Selain itu, saya berdoa dan amalkan ayat-ayat yang dikongsikan oleh seorang ustaz yang saya jumpa.
“Tapi tak apa, saya maafkan sesiapa sahaja yang mungkin ada rasa tak senang dengan cara saya. Biarlah Allah sahaja yang membalas,” kata Zoey ketika ditemu bual oleh Gempak.
Sebelum ini, Zoey dalam sesi Live di TikToknya sempat berkongsi tentang keadaannya yang kerap muntah setiap kali makan dan minum.
Walaupun telah berjumpa doktor, namun kata Zoey, tiada sebarang penyakit dikesan ke atas dirinya.
Keadaan yang merunsingkan itu juga menjadikan usahawan ini berikhtiar secara tradisional untuk memastikan ia tidak memudaratkan dirinya.
“Insya-Allah saya cuma berikhtiar. Mungkin juga angin. Tapi tak apa, tak salah kalau kita berusaha.
“Insya-Allah, bulan 12 ini saya akan tunaikan umrah bersama Redha Kembara, semoga Tuhan angkat semua keperitan dan kesakitan yang saya tanggung selama ini,” katanya.