Zubir Khan Mengaku Pernah Wujud Rasa ‘Insecure’, Ambil Masa Lama Dapat Keyakinan Diri - “Saya Sorok Tangan Saya Sebab…”
Sorok Tangan Sebab Tak Yakin
Bercakap kepada Gempak, Zubir atau nama sebenarnya, Muhammad Zubir Moahamd Ali, 24 berkata, dia pernah menyorokkan tanggannya itu dengan memakai alat bantuan pada tangan.
“Dulu saya rasa insecure sebab kalau perasan dulu saya pakai bag, saya sorok tangan saya sebab pergi mana-mana orang tegur ‘eh tangan kau kenapa?’
“Ada satu tahap saya tak peduli kerana Allah dah jadikan saya begini kenapa perlu burukkan kejadianNya.
Tak Anggap Diri Kekurangan
Namun, Zubir berkata, kini dia berasa yakin dengan dirinya dan menganggap dirinya tidak pernah mempunyai kekurangan.
“Sekarang saya dah tak insecure, saya yakin dengan diri saya. Saya beranikan diri saya untuk lawan sebab tiada apa-apa pun.
“Saya rasa saya perfect saja, saya boleh bawa motosikal dan kereta, tiada kekurangan,” jelasnya.
Terkilan Dengan Tanggapan Netizen
Dalam pada itu, pelantun lagu hits Oh My Khadale itu berasa terkilan apabila masih ada sesetengah pihak yang mendakwa dia menipu mengenai kecacatannya itu hanya kerana paparan di kamera.
“Jadi bila saya buat TikTok, orang akan tanya ‘kenapa sekejap tangan kanan, sekejap kiri tak ada’. Perkara itu tak kelakar.
“Kenapa mereka tak faham lagi, bukan semua tetapi sesetangah saja,” ujanrya lagi.