Boost
Bagaimana Anda Boleh Ke Bazar Ramadan Tanpa Bawa Dompet? Kami Boleh Ajar Caranya
Dalam kemeriahan menyambut bulan Ramadan, berkunjung ke bazar Ramadan antara yang paling dinanti-nantikan. Pelbagai juadah boleh dibeli dan dinikmati untuk berbuka puasa.
Pasti anda tahu suasana bazar Ramadan terutamanya bazar-bazar besar penuh sesak dengan orang ramai. Bagi memudahkan urusan anda di bulan mulia ini, aplikasi Boost telah menyediakan Cashless Bazar Ramadan dimana anda boleh membeli juadah kegemaran secara e-wallet.
Antara bazar Ramadan yang menyediakan perkhidmatan cashless adalah bazar Jalan TAR, bazar Bangsar, bazar Kelana Jaya, bazar TTDI, bazar Seksyen 13, Shah Alam dan bazar Taman Universiti, Johor Bahru. Kami juga telah berpeluang merasai sendiri pengalaman membeli makanan tanpa tunai menggunakan aplikasi Boost di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam semalam.
Percayalah cakap kami, memang mudah dan menguntungkan! Apa yang kami lakukan semalam, hanya perlu muat turun aplikasi Boost di App Store atau Google Playstore, pindahkan sejumlah wang dari akaun bank ke akaun Boost dan ia siap digunakan.
Anda hanya perlu mencari gerai dengan tanda Boost dan penjual sentiasa mengalu-alukan anda untuk membuat bayaran menggunakan kaedah ini. Di bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam semalam, kami nampak pelbagai gerai dengan tanda Boost dan kami memilih gerai teh ais madu serta nasi goreng kunyit sebagai santapan berbuka puasa.
Kami hanya perlu imbas QR code yang tersedia, tulis harga yang perlu dibayar dan selesai! Dengan setiap pembelian juga, anda layak mendapat ganjaran menerusi ‘shake rewards’.Pertama kali kami cuba goncang, kami terima ganjaran RM1 dan ia terus masuk ke dalam akaun Boost kami. Sangat menguntungkan!
Kini anda tidak perlu lagi membawa dompet ke bazar Ramadan, hanya bayar guna Boost dan anda boleh nikmati juadah enak buka puasa. Selamat mencuba!
Must-Watch Video