Viral

Barang Rumah Datuk Vida Termasuk 4 Kereta Mewah Bakal Dilelong, Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta

gempak
Gempak
25/11/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Barang Rumah Datuk Vida Termasuk 4 Kereta Mewah Bakal Dilelong, Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta
Padah tidak selesaikan hutang, akhirnya aset milik usahawan dan selebriti popular Datuk Seri Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilaksanakan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Ah Design Communication Sdn Bhd selaku plaintif untuk tujuan berkenaan.
Perlaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan sekitar pukul 9 pagi di banglo Vida atau Hasmiza Othman, 53, di Meru,Ipoh Perak pada Isnin.
Usahawan itu dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM 1,060,285, pada tahun 2018.
Syarikat itu dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan pengubahsuaian bangunan pejabat selebriti itu, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.
Turut hadir di kediaman usahawan tersebut adalah peguam plaintif Samir Zainal, Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh dan wakil syarikat Ah Design Communication iaitu Mohammad Tauk bagi melaksanakan proses penyitaan barangan di banglo itu.
Barang-barang yang disita merupakan keseluruhan barangan milik Vida beserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellre, satu Toyota Grand Hiace dan BMW X7.
Menurut Samir, sekiranya Vida dapat membayar ganti rugi dalam jumlah yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu, proses lelongan barangan yang disita itu akan dihentikan.
“Tarikh lelongan sudah ditetapkan iaitu pada 9 Disember depan dan barangan yang disita merupakan keseluruhan barangan di rumahnya berserta empat buah kereta iaitu dua buah Toyota Vellre, Toyota Grand Hiace dan BMW X7.
“Kami terpaksa sita sebab sudah beberapa kali cuba berbincang.
“Dalam tempoh dua minggu sebarang barangan serta kereta tidak dibenarkan dibawa keluar daripada rumahnya,” kata Samir kepada mStar ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tindakan sita itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Vida gagal memberikan sebarang respons untuk membayar kembali ganti rugi pada tahun 2023.
Barangan yang bakal dilelong itu bagi menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak planintif iaitu syarikat Ah Design Communication Sdn Bhd.
Sementara itu, Vida tidak berada di kediamannya dan dipercayai berada di China sewaktu pihak berkenaan hadir untuk menyita barangan dalam banglonya.
Dalam pada itu, Mohammad Taufik memberitahu, dia terpaksa mengambil tindakan bagi menuntut semula bayaran dengan cara menyita barangan rumah Vida apabila wanita itu tidak memberi kerjasama selepas tuntutan dibuat sejak tahun 2018.
"Kami terpaksa sita sebab kami sudah beberapa kali cuba berbincang dan pernah berurusan dengan peguam untuk penyelesaian tapi tiada maklum balas, hanya senyap. Perbincangan demi perbincangan tapi gagal," ujarnya.
Sumber: Mstar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024