Tempatan
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition”, Harga Bermula RM85,500
Sempena 40 tahun, BMW Motorrad Malaysia mengambil peluang untuk memperkenalkan BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu buat pasaran tempatan.
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” menawarkan ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) sebagai ciri standard untuk menaik taraf lagi aspek keselamatan pembrekan dan pemecutan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-850-gs-_40-years-gs-edition_-04.jpg)
Bahagian hadapan, varian baharu itu memperlihatkan siluet berarus yang dinamik bagi meningkatkan kelincahannya, serta hadir dengan komponen pelindung tangan berwarna kuning yang memberi sentuhan penuh gaya.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-850-gs-_40-years-gs-edition_-03.jpg)
Panel instrumennya pula memaparkan pelbagai informasi melalui skrin TFT 6.5 inci, selain fungsi ‘Connectivity’ juga ditawarkan sebagai standard bagi model berkenaan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-850-gs-_40-years-gs-edition_-03_1.jpg)
Prestasinya pula, ia menggunakan enjin dua silinder bercirikan penyejukan cecair berseseran 853cc yang menyalurkan output 95hp pada 8,250rpm dengan tork setinggi 92Nm pada 6,250rpm. Kuasa itu disalurkan ke kotak gear enam kelajuan manual.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-850-gs-_40-years-gs-edition_-02.jpg)
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu turut hadir dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride), serta sistem pemantauan tekanan tayar (RDC) sebagai standard.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-850-gs-_40-years-gs-edition_-07.jpg)
BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” baharu akan ditawarkan secara eksklusif dalam warna eksterior Black Storm Metallic dan hanya akan tersedia pada tahun 2021 dengan jumlah unit yang terhad.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/bmw-f-850-gs-_40-years-gs-edition_-06.jpg)
Must-Watch Video