Hiburan

Foto Serah Cincin Tular, Taecyeon Nafi Sudah Berkahwin  - “Gambar Itu Adalah Sebagai…”

Asyraf Roslan
06/02/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Foto Serah Cincin Tular, Taecyeon Nafi Sudah Berkahwin  - “Gambar Itu Adalah Sebagai…”
Agensi yang menjaga kumpulan Kpop sensasi, 2PM iaitu 51K menafikan bahawa Taecyeon telah berkahwin secara rahsia selepas fotonya bersama teman wanita di Paris tular.
Menerusi satu kenyataan media, 51K mereka terkejut gambar itu tular dan menjelaskan bahawa momen yang dirakam di Kota Cinta itu merupakan kejutan buat teman wanitanya.
“Khabar angin mengenai perkahwinan itu tidak benar. Dia hanya mengambil gambar sebagai kejutan sempena hari lahir teman wanitanya.
“Memandangkan teman wanitanya bukan seorang selebriti, kami juga terkejut dengan kebocoran gambar tersebut.” jelas agensi tersebut.
Khabar angin ini mula tersebar selepas satu hantaran di komuniti dalam talian mendakwa Taecyeon telah berkahwin secara rahsia tahun lalu.
Pengguna tersebut merujuk kepada foto yang dimuat naik oleh seorang jurugambar di Paris pada April 2023, yang menunjukkan Taecyeon sedang memberikan cincin kepada teman wanitanya dalam suasana yang kelihatan seperti lamaran.
Bagaimanapun, jurugambar tersebut kemudian telah memadamkan gambar berkenaan, menambahkan lagi spekulasi dalam kalangan peminat. Taecyeon sebelum ini secara terbuka mengesahkan hubungannya dengan teman wanita bukan selebriti pada tahun 2020.
Ketika itu, dia menyatakan perasaannya melalui media sosial dengan berkata, “Saya minta maaf jika berita ini mengejutkan atau mengecewakan sesiapa. Seperti biasa, saya akan terus memberikan yang terbaik dalam aktiviti bersama 2PM dan dalam bidang lakonan. Teruskan menyokong saya.”
Sejak pengumuman tersebut, pasangan ini dilihat kerap keluar bersama secara terbuka dan menerima sokongan hangat daripada para peminat.
Dengan penjelasan tersebut mereka berharap agar khabar angin mengenai perkahwinannya tidak lagi diperbesarkan dan para peminat dapat terus memberikan sokongan terhadap karier serta kehidupan peribadinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024