Tempatan

Ducati Scrambler Nightshift Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM65,900

Erywan
12/08/2021
04:11 MYT
Sponsor Banner
Ducati Scrambler Nightshift Lancar Di Malaysia, Harga Bermula RM65,900
Buat peminat Ducati Scrambler, ini berita baik untuk anda kerana varian baharu iaitu Nightshift sudah tiba untuk pasaran Malaysia.
Ducati Scrambler Nightshift yang dilancar pada tahun ini pada peringkat global itu menggunakan warna serba gelap, selain badan dan tangki diwarnakan Aviator Grey.
Perbezaan lain yang boleh dilihat membabitkan pelana cafe racer rata dengan memberi keselesaan kepada penunggang dan pemboncengnya.
Ia juga dilengkapi pemegang lebih lurus yang diambil daripada Scrambler 1100 Sport Pro, cermin sisi cafe racer, lampu siang LED dan rim spoked 18 inci di hadapan serta 17 inci di belakang yang dibaluti Tayar Pirelli MT60.
Berkongsi tentang prestasinya, ia masih sama seperti Scrambler 803 dengan menggunakan enjin L-Twin 803 cc dengan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menyalurkan 73hp dan tork setinggi 66.2Nm.
Pengendaliannya pula, ia dilengkapi suspensi Showa, yang terdiri daripada fork 41 mm di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang.
Berhubung harganya, Ducati Scrambler Nightshift itu dijual pada harga RM65,900 tidak termasuk insuran dan cukai jalan. Ia kini sudah berada di pusat pengedar Ducati di seluruh negara.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar