
SF90 Stradale adalah model pertama kenderaan supercar dari Itali itu dalam memperkenalkan siri
Plug-in Hybrid Electric. Nama ‘SF90 ‘adalah diambil daripada ulang tahun penubuhan Scuderia Ferrari dan ‘Stradale’ adalah diterjemahkan daripada jalan.

SF90 Stradale dijana menggunakan
enjin V8 turbo yang menyalurkan 769hp dan dibantu
tiga motor elektrik dengan menghasilkan output 216hp. 
Satu motor itu diletak pada di bahagian gandar belakang yang berada di tengah antara enjin dan
transmisi lapan kelajuan klac berkembar, manakala dua lagi pada gandar hadapan.

SF90 Stradale juga adalah model pertama Ferrari yang dilengkapi
pacuan semua roda (4WD), ia sekali gus mampu
pecutan 0-100km/j dalam 2.5 saat dan 0-200km/j hanya 6.7 saat. Ia juga mempunyai tiga mod pemanduan membabitkan
eDrive, Hybrid, Performance dan
Qualify.
Apa yang menariknya, ia boleh dipandu dengan
mod elektrik sepenuhnya sehingga 25 kilometer dan sangat sesuai untuk pemanduan di bandar. Bagi memberi prestasi yang lebih baik, casisnya dibina dengan menggunakan pelbagai material termasuklah gentian karbon.

Untuk pasaran Malaysia,
SF90 Stradale dijual pada harga RM1.908 juta (sebelum duti, cukai dan insurans) dan dilindungi dengan
waranti selama tujuh tahun.

Sementara itu, Pusat Pameran Ferrari Petaling Jaya kini tampil dengan wajah baharu sepenuhnya yang
menelan belanja RM3.5 juta untuk proses pengubahsuaian. Pusat pameran dua tingkat itu mempunyai keluasan
11,900 kaki persegi yang boleh memuatkan tujuh kenderaan.