Tempatan

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

Erywan
03/08/2021
07:11 MYT
Sponsor Banner
Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia menawarkan pakej servis percuma dua tahun kepada pelanggan baharu model Ranger Wildtrak dan XLT Plus terpilih, sementara stok masih ada.
SDAC-Ford juga baru-baru ini meningkatkan perkhidmatan pelanggannya dengan memperkenalkan Pakar Ford Ranger (Ford Ranger Specialist) yang menyediakan khidmat jualan yang lebih peribadi dan lancar.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata, pihaknya sentiasa inovasi dalam mencari jalan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan.
“Tawaran servis percuma dua-tahun memberikan kelegaan kepada pelanggan kami, tambahan lagi pada waktu mencabar ini.
“Konsultasi secara maya bukan sahaja memastikan keselamatan pelanggan semasa pandemik, malahan ia meningkatkan pengalaman yang lebih peribadi dan keselesaaan yang diinginkan oleh pelanggan,” katanya.
Tawaran servis percuma dua-tahun ini sah untuk model Ranger WildTrak dan XLT Plus Tahun Buatan 2021 dan hanya untuk yang sempat merebut peluang ini sahaja.
WildTrak dilengkapi dengan enjin 2.0L Bi-Turbo dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang yang menghasilkan tenaga 213PS dan daya kilas setinggi 500Nm.
Ford Ranger XLT Plus hadir enjin 2.0L Single Turbo yang menghasilkan tenaga 180PS dan daya kilas setinggi 420Nm. Dilengkapi dengan ciri-ciri kemudahan seperti kunci pintar dengan butang push-start dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat yang amat sesuai untuk tugas dan aktiviti lasak.
Seperti semua model Ranger yang lain, WildTrak dan XLT Plus dilindungi waranti pengeluar lima-tahun Ford atau 160,000km yang mana terdahulu.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran servis percuma atau pun tentang mana-mana model Ford Ranger, sila WhatsApp Chat Pakar Ford Ranger atau layari www.sdacford.com.my.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar