Watch

Mansory memberi kelainan pada Range Rover Velar.

Public Anonymous User
02/07/2018
02:00 MYT
Sponsor Banner
Mansory memberi kelainan pada Range Rover Velar.
Beberapa bulan lalu, Range Rover Velar ini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia yang dijual bermula pada harga RM529,800.
Ia adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang cukup menawan tidak kira dari sudut mana anda melihatnya.
Seni binanya pasti memukau sesiapa yang memandang ke arahnya. Kenyataan ini disokong dengan kemenangan anugerah berprestij Design of the Year Car 2018 pada acara 2018 World Car Awards.
Model Velar itu diperkenalkan bagi mengisi kelompongan antara dua varian SUV popular iaitu Range Rover Evoque dan Range Rover Sport.
SUV yang tersenarai sebagai sebuah kenderaan premium itu didatangkan dengan beberapa pilihan enjin.
Namun, ada sebuah firma talaan kenderaan-kenderaan mewah dan berprestasi, Mansory muncul dengan pakej naik taraf dan ia mungkin sesuai kepada pemilik berduit yang dahagakan kelainan.
Modifikasi pada SUV empat pintu itu membabitkan aspek kosmetik dan prestasi rangkaian kuasa.
Beberapa komponen badan dengan penggantian bahagian berasaskan produk karbon ketahanan tinggi. Ini melibatkan lip bampar hadapan, dapra, sil sisi, panel pintu sehingga peresap belakang.
Selain itu, ia menerima komponen baharu seperti bonet ringat, spoiler bumbung, perumah cermin baru dan kowl radiator.
Mansory juga menawarkan talaan untuk semua jenis enjin standard Velar. Sistem kawalan elektronik, talaan dan ekzos jenis keluli tahan karat disarung membantu memberi kuasa tambahan 45hp.
Rim aloi ringan Spyder jenis 22 dan 23 inci digunakan pada model Velar untuk memastikan keselamatan tanpa mengurangkan gaya bagi semua jenis pemanduan.
Ruang kabin pula ada beberapa opysen dari Mansory. Pelanggan cuma perlu memilih antaranya pedal aluminium, sil pintu berlampu, tikar kaki dengan sulaman serta balutan kulit kustom sepenuhnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar