Antarabangsa

MITSUBISHI CONNECT Memudahkan Pengguna Untuk Buat Temu Janji Servis

Erywan
25/06/2020
03:28 MYT
Sponsor Banner
MITSUBISHI CONNECT Memudahkan Pengguna Untuk Buat Temu Janji Servis
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan aplikasi baharu menerusi MITSUBISHI CONNECT untuk pemilik kenderaan Mitsubishi di negara ini.
Aplikasi yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store secara percuma itu menyediakan kemudahan kepada pemilik kenderaan Mitsubishi. Ia membolehkan pengguna menjadualkan temu janji servis, sejarah penyelenggaraan kenderaan dan peringatan untuk servis pada masa akan datang.
Aplikasi mudah alih itu juga membolehkan pemilik untuk terus berhubung dengan saluran pelanggan 24 jam Mitsubishi Assist bagi mendapatkan bantuan kerosakan 24 jam di seluruh Malaysia dan perkhidmatan kecemasan.
Dengan menekan butang 'SOS' pada aplikasi, lokasi pengguna dapat dikesan menggunakan pencarian GPS dan perinciannya akan disahkan oleh kaki tangan perkhidmatan pelanggan MMM untuk hantar bantuan dengan segera.
Pada masa sama, MITSUBISHI CONNECT memudahkan pengguna untuk mengetahui lokasi terdekat pusat pameran dan servis Mitsubishi di sekitar anda. Untuk ketahui lanjut, anda boleh melayari laman sesawang http://www.mitsubishi-motors.com.my/
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar