Antarabangsa

Nissan Serena S-Hybrid Varian Import Dipanggil Balik Untuk Program Semula Kawalan CVT

Erywan
07/08/2020
01:58 MYT
Sponsor Banner
Nissan Serena S-Hybrid Varian Import Dipanggil Balik Untuk Program Semula Kawalan CVT
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengumumkan kempen panggil semula untuk Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian import sepenuhnya (CBU) untuk memprogramkan semula Unit Kawalan Continuously Variable Transmission (CVT).
Ia membabitkan model pengeluaran antara September 2012 sehingga November 2013. Segala kos buruh dan alat ganti (jika ada) untuk kempen servis ini adalah percuma dan proses memprogramkan semula akan menggambil masa lebih kurang 45 minit.
Siasatan yang dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd, kira-kira 4,001 units kenderaan Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian CBU dari Japan dikenal pasti terjejas dalam kempen panggil semula ini.
Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian pemasangan tempatan sepenuhnya (CKD) yang dilancarkan di Malaysia pada November 2014 dan Nissan Serena S-Hybrid (C27) varian CKD yang dilancarkan pada Mei 2018 serta model jualan yang lain tidak terjejas dalam kempen ini.
Pelanggan Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian CBU yang terbabit akan dimaklumkan menerusi surat, SMS atau Whatsapp dari TCEAS. Pelanggan digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk membuat temu janji.
Demi kemudahan pelanggan, TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi dan kini dibuka sepanjang 365 hari agar pelanggan boleh menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum serta meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik ini.
Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru model ini digalakkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian tol percuma 1800-88-3838 untuk menyemak sama ada Nissan Serena S-Hybrid (C26) varian CBU mereka terbabit dalam kempen panggil balik ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024