Antarabangsa

Nissan Skyline R34 Yang Pernah Dimiliki Paul Walker Ini Mungkin Bernilai RM1.2 juta

Erywan
24/09/2020
09:08 MYT
Sponsor Banner
Nissan Skyline R34 Yang Pernah Dimiliki Paul Walker Ini Mungkin Bernilai RM1.2 juta
Sebelum kematiannya, Paul Walker begitu berminat dengan model Nissan Skyline. Satu daripada model berharga dimilikinya ialah generasi R34 menerusi Nissan Skyline GT-4 Spec-V.
Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube, Craig Lieberman bercerita tentang model paling 'rare' R34 GT-R yang pernah dimiliki oleh Walker itu. Lieberman adalah penasihat teknikal Fast dan Furious dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan GT-R kepada mendiang.
Dahulu model R34 diimport ke Amerika Syarikat oleh syarikat MotoRex. Mereka berbaik hati meminjamkan R34 kepada Walker, selepas itu dia jatuh cinta dengan model terbabit sebelum membelinya. Model R34 varian V milik Walker berwarna Sonic Silver. Walau begitu berminat dengan model berkenaan, Walker tidak menyimpan lama dan menjualnya.
Bagaimanapun selepas menjual model itu, Walker terus membeli varian V II berwarna putih. Kereta itu kemudian dijual kepada seorang lelaki Hawaii. Selepas itu kereta berkenaan dirampas oleh DEA Hawaii dan dijual pada acara lelong yang dibeli oleh lelaki Texas.
Cuma sehingga kini, Nissan Skyline R34 tidak sah untuk diimport ke Amerika Syarikat sehingga 2024, dan model ini adalah satu daripada 14 Skyline yang diimport baharu oleh MotoRex.
Memandangkan perjalanan kereta itu dan mantan pemiliknya seorang aktor terkenal, Lieberman mengatakan ia kini mungkin bernilai sehingga $300,000 (RM1.25 juta).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar