Antarabangsa

PKPB: Surau Tutup Sementara di R&R PLUS Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Erywan
16/10/2020
08:56 MYT
Sponsor Banner
PKPB: Surau Tutup Sementara di R&R PLUS Di Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya
Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menutup sementara semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan hentian sebelah plaza tol yang terletak di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di antara lokasi surau terbabit adalah:
  • R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
  • R&R Rawang (Arah Utara), R&R Dengkil (Kedua-dua Arah)
  • Restoran Jejantas Sungai Buloh
  • Hentian Sebelah Tanjung Malim (Arah Utara)
  • Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan)
  • Hentian Sebelah Serdang (Kedua-dua Arah)
Ini termasuklah semua 29 surau yang terdapat di hentian sebelah plaza tol PLUS di negeri dan kawasan yang terbabit. Gerai makan di lokasi terbabit hanya dibuka di antara jam 6 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh PKPB ini di mana hanya dua individu dibenarkan untuk duduk di setiap meja makan.
Pelanggan yang singgah di R&R juga perlu mendaftar menerusi MySejahtera dan mengambil suhu badan sebelum memasuki premis makanan. Mereka juga perlu mematuhi penjarakan fizikal satu meter serta memakai pelitup muka sebelum dan selepas makan.
PLUS juga ingin memaklumkan bahawa semua kemudahan tandas awam di R&R yang terbabit tetap beroperasi 24 jam setiap hari sepanjang tempoh PKPB.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024