Antarabangsa

Porsche Cipta Rekod Dunia Drift Dengan Kereta Elektrik

Erywan
27/11/2020
02:26 MYT
Sponsor Banner
Porsche Cipta Rekod Dunia Drift Dengan Kereta Elektrik
Jarang kita dapat menyaksikan mana-mana pemilik Porsche moden menggunakan jentera mewahnya sebagai kereta drift. Apatah lagi jika model kereta elektrik.
Bagi pengeluar automotif Jerman itu, mengapa tidak. Ini membawa kepada satu cabaran menggunakan model elektrik sepenuhnya, Porsche Taycan untuk drift di satu laluan bulatan berturap.
Aksi dift itu dilakukan di Porsche Experience Center di Hockenheimring, Jerman dan usaha itu secara sah diiktiraf sebagai satu rekod dunia oleh pihak Guinness World Records.
Taycan dengan sistem pacuan roda belakang dipandu secara miring di laluan bulatan 200 meter oleh pemandu bernama Dennis Retera. Beliau melakukan drift sejauh 42.171 kilometer secara berterusan. Sesi mencipta rekod dunia itu mengambil masa 55 minit dan purata kelajuan pemanduan ialah 46 kilometer sejam.
Retera mengakui ia amat penat untuk kekal drift hampir satu jam tanpa henti. Untuk memudahkan drift dan mungkin mengelakkan tayar terlampau panas, permukaan jalan itu disiram air sehingga sesi tamat.
Untuk proses pengesahan kejayaan Taycan, kereta itu diperiksa terlebih dahulu dan selepas sesi pemanduan. Ada beberapa sistem pengesan atau penjejak digunakan dari sistem GPS hingga pelbagai sensor digunakan termasuk satu kamera dipasang pada bumbung kereta untuk rakaman video.
Sehebat mana Taycan drift, ia belum dapat memintas rekod BMW pada 2018 dengan menggunakan sebuah F90 M5 di tangan jurulatih BMW Performance Driving School, Johan Schwartz.
Schwartz drift selama lapan jam dengan jarak sejauh 374 kilometer. Namun, kereta itu diisi minyak lima kali oleh satu kru dari kereta BMW lain semasa membuat drift.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar