Antarabangsa

Proton Satria Neo Millington 2500 - Jentera Rali Yang Kini Mencari Pemilik Baru, Harga Mencecah RM450,000

Erywan
22/06/2020
06:09 MYT
Sponsor Banner
Proton Satria Neo Millington 2500 - Jentera Rali Yang Kini Mencari Pemilik Baru, Harga Mencecah RM450,000
Nama Mellor Elliots Motorsport (MEM) sebenarnya sudah tidak asing buat kenderaan jenama Proton terutama dalam sukan permotoran rali.
Sehingga kini, MEM masih lagi menggunakan model Proton Iriz untuk menyertai acara sukan permotoran rali buat masa ini di Eropah.
Namun sebelum adanya Iriz, MEM pernah juga membina kenderaan rali daripada model keluaran Proton iaitu Satria Neo.
Kini ada seunit lagi model Proton Satria Neo versi jentera lumba rali iaitu Proton Satria Neo Millington 2500 yang turut dibina oleh MEM.
Apa yang menariknya, jentera ini sedang mencari pemilik baru yang dijual menerusi Motorsports Auctions. Harganya ketika artikel ini disiarkan, sudah pun mencecah 85,000 Pound (RM450,000) dan ia tidak terlalu murah ya!
Berdasarkan daripada maklumat disiarkan, enjin Millington 2500 Series 2+ dan kotak gear sudah pun diperiksa oleh MEM selepas menyertai 2 acara perlumbaan lalu.
Jentera ini dikatakan mendapat tempat ketiga teratas dalam acara perlumbaan rali yang disertai dan mampu menewaskan jentera WRC dan R5.
Ini model yang paling ‘rare’, kerana jentera ini pernah menaikkan nama Proton dalam dunia sukan permotoran rali pada peringkat antarabangsa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar