Tempatan

Roda Panas : Datuk Awie Berkongsi Tips Dan Penjagaan Harley-Davidson Di Astro Naura Malam Esok

Erywan
25/04/2021
02:59 MYT
Sponsor Banner
Roda Panas : Datuk Awie Berkongsi Tips Dan Penjagaan Harley-Davidson Di Astro Naura Malam Esok
Selepas dua episod menampilkan kenderaan empat roda, rancangan Roda Panas kali ini tampil dengan jentera roda yang dimiliki penyanyi rock tersohor tempatan iaitu Datuk Awie.
Semestinya ramai mengenalinya yang mempunyai minat dalam dunia jentera dua roda terutama motosikal berkuasa tinggi. Episod ketiga Roda Panas kali ini, Awie tampil dengan Harley-Davidson Rod Glide CVO berkapasiti enjin 1,923cc.
Biarpun tidak banyak yang dimodifikasi terhadap jentera itu, Awie banyak berkongsi tips dan penjagaan untuk model Harley-Davidson. Perkongsian itu sangat sesuai bagi mereka yang mahu menunggang secara santai untuk perjalanan jarak jauh.
Untuk mengetahui apakah tips penjagaan itu, anda perlu tonton Roda Panas pada malam esok secara eksklusif di saluran Astro Naura (109) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Roda Panas mengandungi pengisian tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod.
Selain itu, program Roda Panas padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya topik keselamatan, teknik pengajaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.
Program itu dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan ‘Hero Pujaan Malaya’, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza bagi setiap episod. Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off-road, modifikasi dan banyak lagi.
Roda Panas disiarkan pada setiap minggu bermula Isnin (12 April 2021) pada jam 9.30 malam di Astro Naura Saluran 109.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar