Antarabangsa

Toyota Gazoo Racing Festival Di Sepang 18 Dan 19 April Ini Berlumba Tanpa Penonton

Erywan
13/03/2020
04:08 MYT
Sponsor Banner
Toyota Gazoo Racing Festival Di Sepang 18 Dan 19 April Ini Berlumba Tanpa Penonton
UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa Musim 3 Pusingan 4 Toyota Gazoo Racing Festival yang diadakan secara tertutup di Litar Antarabangsa Sepang pada 18 dan 19 April ini. Ia adalah bagi memastikan menjaga kebajikan rakyat Malaysia, dan juga ahli krew, pelumba dan pasukan perlumbaan. Acara itu tidak lagi terbuka kepada umum dan hanya ahli krew, pelumba dan pasukan perlumbaan dibenarkan untuk menamatkan perlumbaan pada musim ini.
Pada hari perlumbaan, penganjur akan menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk pelumba, ahli pasukan dan krew sebelum memasuki premis perlumbaan. Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama (kanan) berkata, pihaknya berharap peminat boleh memahami masalah yang berlaku ketika ini.
“Semua perlumbaan akan disiarkan secara langsung di akaun Facebook dan Youtube Toyota” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024