Tempatan

Toyota Gazoo Racing Guna GR010 Hybrid Dalam Kejohnan Endurance Dunia FIA, Jentera 3.5 Liter V6 Dengan Menjana 680PS

Erywan
19/01/2021
07:53 MYT
Sponsor Banner
Toyota Gazoo Racing Guna GR010 Hybrid Dalam Kejohnan Endurance Dunia FIA, Jentera 3.5 Liter V6 Dengan Menjana 680PS
Toyota Gazoo Racing akan menyertai Kejohnan Endurance Dunia FIA (WEC) tahun ini dengan sebuah jentera baharu yang dikenali sebagai GR010 Hybrid. Hadir sebagai pengganti TS050 LMP1, ia bakal bertanding dalam kelas Le Mans Hypercar (LMH) yang baru diperkenalkan.
Memacu GR010 Hybrid adalah enjin twin-turbo berkapasiti 3.5-liter V6 yang mampu menjana kuasa sehingga 680PS, serta sebuah unit penjana motor (MGU) yang terletak pada gandar hadapan. Direka oleh Aisin dan Denso, komponen tersebut menjana 272PS.
Oleh kerana kelas LMH membenarkan kuasa maksimum sehingga 680PS sahaja, sistem elektrik jentera ini akan mengehadkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin bergantung pada jumlah ‘boost’ yang dijana oleh sistem hibrid ketika itu. Kuasa yang terhasil disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi berjujukan tujuh kelajuan.
Jika dibandingkan dengan TS050, GR010 Hybrid berukuran 250mm lebih panjang, 100mm lebih lebar dan 100mm lebih tinggi. Ia juga 162kg lebih berbanding jentera terbabit dengan berat keseluruhan mencecah 1,040kg. Selaras dengan peraturan LMH, GR010 Hybrid hanya mempunyai satu konfigurasi aerodinamik dan satu komponen aerodinamik boleh laras iaitu spoiler belakang. Jumlah ‘downforce’ turut diterhadkan bagi memastikan saingan yang lebih sengit.
GR010 Hybrid dibangunkan di ibu pejabat Toyota Gazoo Racing Europe di Cologne, Jerman dan memakan masa kira-kira 19 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Untuk musim 2021, Toyota akan mempertandingkan dua buah jentera dengan barisan pemandu yang sama seperti musim lalu iaitu Mike Conway, Kamui Kobayashi, Jose Maria Lopez, Sebastian Buemi, Kazuki Nakajima dan Brendon Hartley.
Kalendar WEC tahun ini mengandungi enam perlumbaan, bermula dengan Sebring pada 19 Mac, diikuti oleh Spa-Francorchamps pada 1 Mei, Le Mans pada 12-13 Jun, Monza pada 18 July, Fuji Speedway pada 26 September dan penutup tirai Bahrian pada 20 November.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024