Antarabangsa

Volkswagen Passenger Cars Malaysia Rai Tahun Baru Cina Beri Potongan Harga Kereta Sehingga RM7,000

Erywan
03/02/2020
03:30 MYT
Sponsor Banner
Volkswagen Passenger Cars Malaysia Rai Tahun Baru Cina Beri Potongan Harga Kereta Sehingga RM7,000
Volkswagen Passenger Cars Malaysia meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan rumah terbuka di seluruh negara.
Rumah terbuka itu bakal diadakan pada Sabtu, 8 Februari bermula 11 pagi sehingga 5 petang di pengedar sah Volkswagen di Malaysia. Tahun ini, tema sambutan Tahun Baru Cina Volkswagen memberi fokus kepada karekter Cina iaitu “wong” yang membawa maksud bernasib baik dan makmur.
Justeru, “wong” itu diterjemahkan menerusi pelbagai tawaran menarik, rebat dan selepas jualan kepada pelanggan baru dan sedia ada. Tidak ketinggalan, hidangan CNY yang lengkap bersama “yee sang” dan aktiviti-aktiviti menarik buat seisi keluarga. Fokus utama acara ini pastinya Passat 2.0TSI Elegance yang baru sahaja dilancarkan.Tampil dengan bahagian luaran dan dalaman yang direka semula, ciri ketersambunngan yang ditambah baik dan signatur lampu terkini, Passat Elegance baharu ditawarkan pada harga RM187,990 seunit.
Untuk tempoh terhad, ia didatangkan dengan insurans selama setahun secara percuma.
Pelanggan yang ingin membeli satu varian Tiguan (Highline, JOIN dan Sound & Style) akan menikmati “wong” tambahan kerana ia kini hadir dengan tambahan insurans dan rebat petrol secara percuma selama setahun.
Pemilik kenderaan Volkswagen yang berkunjung ke rumah terbuka ini dijemput untuk menempah satu slot pemeriksaan 20 poin secara percuma atau menikmati diskaun sehingga 20 peratus ke atas bateri dan tayar.
Mereka yang mempunyai baucar penyelenggaraan percuma dan membelanjakan minimum RM388 akan menerima penambahan bendalir penyejuk, pembersih cermin utama dan minyak enjin secara percuma.
Sementara mereka yang tidak ada baucar pula hanya perlu berbelanja minimum RM488 untuk mendapat tawaran yang sama. Pelanggan VCP layak untuk menerima manfaat sama seperti di atas dengan hanya berbelanja minimum RM288, tertakluk kepada terma dan syarat.
Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, serta jaminan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024