Satu persatu anak Malaysia mengharumkan nama negara dan terbaru adalah seorang pereka grafik, Firdaus Mustapa.

Anak muda ini memenangi anugerah rekaan poster terbaik di Portugal. Kemenangan beliau itu diraih menerusi filem Carga bersempena majlis Academia Portuguesa de Cinema yang berlangsung baru-baru ini.

Anda boleh lihat hasil poster terbabit di bawah.


Untuk makluman, filem Carga ini merupakan genre thriller Portugal arahan Bruno Gascon. Ia mengisahkan mengenai seorang wanita Russia yang terperangkap dalam sindiket penyeludupan manusia.

Malah untuk pengatahuan anda juga, Firdaus sebelum ini juga pernah menghasilkan beberapa poster filem dan siri TV di dalam dan luar negara, antaranya seperti Pekak (2015), Taboo (2017), Savage Dog (2017), Pulang (2018) dan juga Brexit (2019).

MovieAddictMY
Beliau juga pernah memenangi anugerah (Silver Award) Best Interstitial, PromaxBDA Asia Awards 2010 dan poster terbaik menerusi filem “Belukar” ketika festival filem Malaysia 2010.

Anda boleh lihat banyak lagi hasil pemuda ini, di sini.

Sumber:MovieAddictMY