Penyanyi rap, Caprice mendedahkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa amang seksual oleh seorang penghantar pelajar sekolah.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Caprice atau Ariz Ramli berkongsi rakaman video yang memperdengarkan perbualan seorang ibu bersama anak perempuannya yang menceritakan kejadian tidak senonoh dilakukan oleh lelaki dewasa terbabit.
"Bila nak balik pak cik cakap kena kiss dia dekat dalam kereta. Kiss dekat pipi. Pak cik tu kiss saya tapi saya pun boleh kiss dia juga.
"Masuk dalam kereta sebab nanti malu," kata kanak-kanak tersebut