Meriah, riuh dan havoc! Walaupun ia siri jelajah pertama ‘JoHaRa Tour’, namun sambutan diterima amatlah diluar jangkaan.

Rojak Daily yang turut berada di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang Sabtu lalu menyaksikan sendiri lautan ‘tsunami’ peminat yang hadir demi menyaksikan tunjang utama ‘JoHaRa’ iaitu Johan, Hanif dan Ray.

Tak riuh la kalau tiada JoHaRa!
Tidak kurang juga ramai yang mengambil kesempatan untuk menyaksikan persembahan daripada artis ternama seperti Shiha Zikir, Zizi Kirana dan Haqiem Rusli. Gamat!

Ketiga-tiga penyanyi lit!
Kalau anda nak tahu, ‘Kempen JoHaRa Tour’ dianjurkan bersempena ulang tahun radio Era yang secara kebetulan berlangsung pada bulan kebangsaan. Ada tiga games yang dibawa ke sana.
  1. Miming Games - Peserta kena membuat persembahan dengan miming lagu diberikan. Pemenang ditentukan oleh tepukan penonton.

  2. Teka Apa - Peserta perlu teka nama tajuk video pendek yang ditayangkan. Siapa dapat markah tinggi, menang!

  3. ‘U Gelak U Out’ (Game Utama)- Peserta akan berganding dengan barisan penyampai radio JoHaRa dan bersaing di antara satu sama lain dalam satu siri perdebatan punchline. Pasukan yang masih berdiri teguh di pusingan akhir akan berpeluang untuk memenangi wang tunai.


Selain permainan di atas, pengunjung juga ada yang bertuah mendapat hadiah daripada Era termasuk T-Shirt. Berbaloi habis!

Ada hadiah menarik yer!
Sementara itu menurut Pengurus Kandungan ERA Dhan Andreas, ini merupakan lokasi pertama JoHaRa Tour dan kali pertama JoHaRa turun bertemu peminat buat tahun 2018.

Jelasnya, team ERA bertungkus lumus untuk melaksanakan JoHaRa Tour dengan harapan untuk memuaskan pendengar ERA.

Antara pengunjung yang sporting!
“Sambutan sangat menggalakan apabila lebih seribu orang hadir ke JoHaRa Tour di Mydin Bukit Mertajam. Ini merupakan kali pertama JoHaRa mengadakan acara di Penang dan memang feedback daripada peminat di sini sangat teruja berjumpa JoHaRa secara depan-depan,” katanya.

Jelajah seterusnya adalah di Mydin Mutiara Rini Johor Bahru pada 15 September nanti!

Sebelum itu jika anda nak tahu bertapa happening Johara Tour Sabtu lalu, anda saksikan sendiri di bawah.

Untungnyaaa siapa dpt baju dr @haqiemrusli98_ wehhh #JoharaTour

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Nak Ke Taknak Lepak Mamak ? Jom lepak Penang gaisss hehe #JoharaTour

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Amboi @shihazikir pun ddu du ddu du lah dekat JoHaRa Tour @era.je So orang Penang jom pakat mai ke Mydin Bukit Mertajam. cc @sarahsuhairi penangan ddu du ddu du #bigstage

A post shared by Rojak Daily Kaw! (@rojakdailykaw) on

Selamat Hari Kebangsaan dr #JoharaTour !

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Hahahha weh abg ni mmg sporting lah ! ??? #JoharaTour

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Apa kena mengena nasi goreng tepuk tangan dgn nasi lemak takda santan ? Adoii ?? #JoharaTour

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on