Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Banyak Kenangan Bersama Nike Ardilla, Inka Christie Tak Mampu Bawa Susunan Asal Lagu Bintang Kehidupan - “Kalau Saya Buat Laju, Perasaan Itu…”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Inka Christie mendedahkan bahawa dia sendiri yang meminta pengarah muzik GV, Datuk Ramli M.S untuk menukar susunan lagu Bintang Kehidupan kepada versi rock.
Menurut Inka, jika dia membawakan lagu tersebut dengan susunan asal lagu tersebut ia mungkin akan menganggu persembahannya kerana teringatkan teman baiknya, Allahyarham Nike Ardilla.
“Alasan kenapa saya menukar arrangement lagu tersebut kerana kalau saya membawakan lagu Nike Ardilla mengikut original arrangement ia akan membuatkan saya mudah menangis.
“Kalau saya buat laju, perasaan sedih itu akan sedikit berkurang, sebab saya dengan dia sangat rapat sejak kecil sehingga nafas terakhirnya.
“Saya rasa selepas persembahan tadi (Ahad) baru saya boleh melepaskan rasa sedih saya, kerana saya rasa sehingga sekarang dia masih bersama saya,” katanya.
Inka menyanyikan lagu Bintang Kehidupan nyanyian asal Nike Ardilla dan berjaya menduduki tangga tiga teratas bersama Ning Baizura dan Liza Aziz.
SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN OLEH GEMPAK
Must-Watch Video