Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11 RECAP: Dadali Dyrga Memecut Ke Pentas Akhir, Ronnie Hussien Ucap Selamat Tinggal! Semak Komen & Markah Penuh Minggu Separuh Akhir
Impian bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Ronnie Hussien untuk melangkah ke pentas akhir musnah apabila tiada lagi lagu diumumkan untuknya.
Menyampaikan lagu Impian Cinta dan Revolusi daripada Bunkface, Ronnie hanya memperoleh markah sebanyak 59.70 peratus daripada juri tetap.
Sementara itu, persembahan penuh penghayatan daripada Dadali Dyrga berjaya menempatkannya ke pentas akhir sekali gus menjadi juara mingguan untuk minggu separuh akhir.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kesepuluh:
Liza Aziz - Malaysia Baru & Bukan Dia Tapi Aku
“First song okay, tak bagus tak buruk, lagu kedua saya suka cara awak yang tersendiri, walaupun ada here and there ia mampat. Kalau masih ada next week saya nak awak tekan minyak,” Datuk Ramli M.S
“Kenapa saya berdiri, sebab saya mengamati awak memang berikan sepenuhnya bila lagu slow tapi kali ini awak seperti bercerita, saya suka..sukses,” Hetty Koes Endang
Ronnie Hussien - Cinta & Revolusi
“Kalau boleh jujur, kamu memang sesuai dengan lagu yang laju. Sebenarnya bukan lagu yang tak sesuai tapi kita yang kena sesuaikan lagu itu dengan diri kita, saya lihat kamu lebih enjoy lagu kedua berbanding lagu pertama kerana nampak kamu sangat berhati-hati. Tapi kalau ikut saya kamu aman,” Hetty Koes Endang
Zehra Zambri - Ingkar & Sampai Ke Bintang
“Untuk lagu yang pertama agak goyah, bila dah separuh awak punya nada tinggi memang champion. Saya sangat suka semasa chorus kedua. Saya suka transition dari lagu slow ke rancak mood awak memang bagus. Bila awak menari awak all out, cuma persembahan minggu ni kurang sedikit,” Datuk Syafinaz Selamat
Sheila Abdull - Drama & Satu
“Kalau semua teknikal awak kuasai awak boleh jadi penyanyi yang hebat, dalam persembahan ini penghayatan awak memang kena dengan persembahan tapi kamu kena perbaiki range bahagian tinggi. Tapi okay,” Datuk M. Nasir
“Minggu ni awak nak balas dendamkan, lagu pertama saya suka cuma kalau boleh diperbaiki ekpresi muka kena lembut sedikit, dan saya suka bila awak nyanyi ada dinamik. Untuk lagu kedua awak nyanyi dengan tepat sekali cuma kena perbaiki untuk head voice,” Datuk Syafinaz Selamat
The Lima - Terhangat Di Pasaran & Jangan Lafazkan
“Hari ni Datuk Norman (Bony) bagus, Yusry (Taura) Okay. lagu ini adalah lagu boss kamu,lagu buronan dan lagu terhangat di pasaran sama air lagu cuma kurang kamu bawak hari ini.
“Tapi hari ini Bony kamu okay, kekalkan macam tu kalau sampai final,” Datuk Ramli M.S
Ning Baizura - Sangkar Cinta & Ingin Bersamamu
“Apa yang saya suka, awak tahu range yang awak selesa. Sama seperti yang lain jangan potongkan ayat itu, saya rasa persembahan awak tadi sangat terkawal. Secara keseluruhan saya nampak peningkatan dalam persembahan. Saya rasa ini adalah persembahan terbaik awak setakat ini,” Datuk Syafinaz Selamat
Dadali Dyrga - Apokalips & Suatu Masa Impian
“Yang pertama tadi bagus, tidak mudah untuk menyanyikan lagu yang sangat kuat. Kemana sahaja kamu selama ini? Kamu menyanyi mempunyai rasa. Jangan cepat puas,” Hetty Koes Endang
Berikut adalah keputusan penuh peserta GV11 mengikut ranking:
Untuk minggu separuh akhir, bintang Gegar Vaganza dicabar dengan tema ‘Separuh Akhir’ dimana mereka harus menyanyikan lagu berentak perlahan dan laju secara medley.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Lebih istimewa, minggu separuh akhir juga menyaksikan Datuk M.Nasir menjadi juri jemputan.
Must-Watch Video