Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: “Tak Sabar Nak Orang Tengok Kebolehan Dia…” - Taufik Batisah Harap Sheila Abdul Jadi Juara
Penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah tidak sabar untuk membuat persembahan bersama finalis Gegar Vaganza (GV11) Sheila Abdul di konsert akhir yang akan berlangsung pada Ahad.
Sheila Abdul profesional
Menurut Taufik, walaupun baru pertama kali bertemu Sheila namun bintang GV11 itu disifatkan sebagai seorang yang sangat profesional dan menyenangkan.
“Tadi kami jumpa dekat tepi pentas buat latihan sedikit dan terus melakukan sound check. Sheila Abdul sangat profesional.
“Bercakap mengenai keserasian, pada saya sebenarnya ini terpulang kepada artis itu sendiri. Sikapnya sangat peramah, sweet dan merendah diri orangnya. Senang nak bekerjasama dengan dia,”katanya kepada Gempak.
Taufik berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan dan sound check konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: ‘Listen’ Lagu Juara? Sheila Abdull Hanya Berharap Pada Rezeki - “Tuahnya Berbalik Kepada…”
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Siapa Bakal Julang Gelaran Juara? Tema ‘Its Final’ Jadi Penentu, Semak Tugasan Lagu Minggu Akhir
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Krisdayanti, Dolla & Jamal Abdillah Bakal Hangatkan Pentas Akhir!
ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Pujian Juri Buat Sheila Abdull Mahu Lebih Peka - “Benda Itu Sedikit Sebanyak Berikan Saya…”
ARTIKEL BERKAITAN:#GempakVideoNews : Gegar Vaganza 11: Sheila Abdull Jernihkan Keadaan, Perjelas Isu Bersama Arrora Salwa - "Peminat Arrora Salwa Jangan Risau"
Lihat sendiri kebolehan Sheila
Dalam pada itu, mengulas mengenai persembahan mereka, Taufik berkata dia tidak sabar untuk penonton melihat sendiri kebolehan Sheila membawakan lagu berjudul Aku Bersahaja.
“Saya lihat enam finalis ini pun bagi saya semuanya bagus dan gempak. Saya tak sabar nak tengok mereka membuat persembahan secara solo dan juga bersama artis undangan yang ada.
“Saya akan nyanyikan dua lagu, satu berjudul Sesuatu Janji secara solo manakala bagi duet bersama Shiela pula adalah lagu yang saya cipta untuk Datuk Rossa iaitu Aku Bersahaja.
“Saya memang tak sabar nak orang ramai tengok kebolehan Sheila Abdul menyanyikan lagu itu.
“Saya doakan yang terbaik untuk Sheila Abdul. Doakan yang terbaik juga untuk persembahan kami, harap-harap rezeki dia untuk menang tahun ini. Insya-Allah,” ujarnya.
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan kini baru sudah menimang cahaya mata ketiga dan menjalani proses berpantang.
GV11 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu.
Rancangan ini juga dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan popular ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.